PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan, Raja Ahmad Iskandar semakin jauh mendahului calon lain

 
Poll bagi jawatan-jawatan dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia berbaki 4 hari lagi. Bagi jawatan Ketua Pemuda,  jelas Suhaizan Kayat jauh di depan 2 calon lain. Suhaizan memperolehi 71 % daripada jumlah undian berbanding Zulhazmi 16% dan Kamarulzaman 11%.

Raja Ahmad Iskandar juga jauh di depan mendahalui Khalil Hadi bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Raja Ahmad mendapat 79% undi berbanding Khalil Hadi 20%.

Sementara , Poll bagi jawatan Naib Ketua Pemuda baru sahaja dibuat. Bagi jawatan ini ,jumlah undi yang diterima kedua calon tidak ketara perbezaannya.   Ahmad Zamri mendapat 67% undi dan Mohd Khairil 32%.

Jika dikira undi pengunjung blog ini yang majoritinya penyokong PR. Suhaizan, Raja Ahmad memang jauh dikenali dan menjadi pilihan berbanding calon lain. 

Perbezaan undi yang jauh tidak seperti Poll bagi jawatan Timbalan Presiden PAS yang menyaksikan persaingan undi yang sengit antara 3 orang calon.

Ramai yang memberitahu , undian Poll di blog dan Facebook tidak memaparkan kecenderungan sebenar perwakilan. Benar, tapi untuk pemilihan pimpinan PAS Pusat. 

Bagi jawatan dalam Dewan Pemuda, ianya berlainan kerana majoriti perwakilan pemuda adalah pengguna facebook dan blog.


Penyokong calon pemuda memang aktif berkempen di facebook dan blog kerana perwakilan ramai melihat kempen mereka di facebook dan blog.

Perwakilan sudah tentu mahu melihat perkembangan terkini kempen yang ada di facebook dan blog. 

Mustahil perwakilan yang mengunjungi facebook dan blog tidak mengundi calon pilihan mereka untuk Poll yang dibuat. 

Mustahil juga, perwakilan dan penyokong calon tidak tergerak hati untuk mengundi di poll bagi meningkatkan undi calon pilihan.

Tunggu , Poll ini ditutup dalam masa 4 hari lagi . Keputusannya mungkin boleh menjadi kenyataan bagi 3 jawatan utama Dewan Pemuda PAS Malaysia.




No comments:

Post a Comment