PEMILIHAN PAS!!! Keputusan pemilihan menonjolkan gabungan pemimpin tiga kelompok utama dalam parti

pas muktamar 231113 mat sabu hadi awangNaib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpuas hati dengan keputusan pemilihan untuk jawatan tersebut, yang menurutnya berjaya menonjolkan pemimpin dari tiga kelompok utama dalam parti Islam itu – ulama, aktivis dan profesional.

Katanya, setiap golongan dalam PAS kini juga harus berpuas hati kerana telahpun mendapat wakil masing-masing dalam pemilihan kali ini, dan memfokuskan usaha untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, beliau melihat pandangan umum yang menganggap dua lagi naib presiden yang mengekalkan kedudukan mereka dalam pemilihan kali ini – Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa – masing-masing sebagai tokoh aktivis dan tokoh profesional.

Dua lagi yang calon yang kecundang dalam pemilihan kali ini ialah Datuk Mahfuz Omar, yang disifatkannya sebagai tokoh aktivis dan juga tokoh ulama Datuk Abu Bakar Chik.


Tuan Ibrahim yang menghargai usaha Mahfuz dan Abu Bakar berkata, kedua-dua tokoh berkenaan perlu terus diberi peranan penting atas sumbangan besar mereka kepada parti, kata Tuan Ibrahim.

"Mungkin orang lihat Salahuddin Ayub dan (Datuk) Mahfuz (Omar) ini daripada aktivis parti, Husam sebagai golongan profesional, dan saya dilihat dalam konteks ulama.

“Perwakilan meletakkan ketiga-tiga itu sebagai posisi penting. Ulama, aktivis dan golongan profesional. Jadi semua ada wakil.

"Tanggungjawab kita ialah untuk memperkemaskan jentera parti dalam semua sudut untuk melihat ke depan cabaran besar pilihan raya umum ke-14 dan memantapkan parti," katanya.

Sementara itu Husam pula melahirkan rasa sedih kerana rakan baiknya, Mahfuz, "tergelincir" dari jawatan tersebut.

"Saya tidak sebaik beliau dalam berucap," kata Husam yang berasa bersalah kerana kemenangannya menyebabkan Mahfuz kecundang.

Bagaimanapun, Husam tetap memuji para perwakilan yang menurutnya menunjukkan sikap bahawa PAS semakin relevan di kalangan masyarakat Malaysia.

"Masalah, perbincangan dan usul dibawa perwakilan beri isyarat positif dalam perkembangan parti ini," kata Husam ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di muktamar berkenaan.

Sementara itu, Mahfuz ketika ucapannya menggunakan ruang tersebut untuk meminta maaf atas kekurangannya semasa beliau berkhidmat sebagai naib presiden dalam penggal lalu.

"Yang penting bagi saya bukan soal jawatan atau kedudukan kerana ia ranking dalam parti tetapi yang penting bersama meneruskan perjuangan di dalam Islam," tegas beliau.

Sementara itu, Salahuddin yang meraih jumlah undi paling banyak dalam pemilihan kali ini berharap PAS terus mengamalkan sikap terbuka dan progresif.

Katanya, PAS harus dilihat sebagai parti untuk semua golongan masyarakat pada masa depan.

"Ini masa untuk PAS bersikap terbuka dan beri peluang pada ahli-ahlinya untuk buat keputusan demi parti," kata beliau dalam ucapannya.

No comments:

Post a Comment