PEMILIHAN PAS!!! Poll Pemuda, Suhaizan dan Ku Is jauh di hadapan calon lain


Poll undian Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS terkini 8 hari sebelum ditutup menyaksikan calon Ketua Pemuda Suhaizan Kayat dan calon Timbalan Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar (Ku Is) jauh meninggalkan pencabar masing-masing.


Undian untuk Suhaizan mencapai 71% daripada jumlah undian, manakala undian untuk Raja Ahmad Iskandar sebanyak 79%.

Calon Ketua Pemuda Zuhazmi Shariff walaupun dihina secara tidak berakhlak dalam dunia maya masih mendapat undian agak baik ditangga kedua dengan mendapat 19%.

Sungguhpun seorang lagi calon Ketua Pemuda Kamarulzaman Muhammad mendapat tempat menjawab isu PAS Putrajaya dan isu HIMPUN di Page rasmi FB  Dewan Pemuda PAS Malaysia, kedudukannya masih di belakang dengan mendapat 8% undian.


Sementara itu, calon Timbalan Ketua Pemuda Ust. Khalil Abdul Hadi hanya mendapat 20% undian setakat ini.

Sungguhpun begitu, undian ini tidak memaparkan pola sebenar pengundian semasa Muktamar PAS Pusat. 

Semuanya bergantung kepada perwakilan pemuda dari PAS Kawasan di seluruh negara yang akan menentukan kepimpinan PAS Malaysia.

No comments:

Post a Comment