PEMILIHAN PAS!!! Poll Timbalan Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu atasi Dato' Tuan Ibrahim

Poll undian Timbalan Presiden PAS terkini 14 hari sebelum ditutup menyaksikan undian untuk Haji Muhamad Sabu kini mengatasi undian untuk Dato' Tuan Ibrahim.

Jika sebelum ini undian untuk Dato' Tuan Ibrahim mengatasi undian untuk Haji Muhamad Sabu , pada hari ini undian kepada Haji Muhamad Sabu sudah mengatasi . 

Undian untuk Haji Muhamad Sabu sebanyak 27%, manakala undian untuk Dato' Tuan Ibrahim sebanyak 26%.

Bagaimanapun undian untuk Dato' Husam Musa masih berada di hadapan dengan memperolehi 41% dari jumlah undian. 


Sementara undian untuk Dato' Nik Amar masih di belakang iaitu sebanyak 4%.

Sementara itu bagi poll undian Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda menyaksikan undian untuk Suhaizan Kayat dan Raja Ahmad Iskandar berada di depan bagi jawatan-jawatan tersebut.

Sungguhpun begitu, undian ini tidak memaparkan pola sebenar pengundian semasa Muktamar PAS Pusat. Semuanya bergantung kepada perwakilan dari PAS Kawasan di seluruh negara yang akan menentukan kepimpinan PAS Malaysia.

No comments:

Post a Comment