PEMILIHAN PAS!!! Dato' Nik Amar, Ust. Nasarudin tak pilih debat


calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah, 
KOTA BHARU - “Cukuplah dengan apa yang dijelaskan sebelum ini mengenai matlamat mahu dicapai jika saya terpilih,” kata calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah,semalam.

Kenyataan tersebut adalah sebagai mengulas cadangan Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof supaya diadakan forum untuk jawatan Timbalan Presiden Pas dan Naib Presiden Pas.

Mohd Amar berkata, cara sedia ada yang digunakan kini untuk menyampaikan mesej kepada umum berhubung visi pencalonan baginya sudah memadai.

“Insya-ALLAH saya sendiri sudah sampaikan sebab saya menawarkan diri untuk bertanding pada muktamar nanti dan selebihnya semua itu boleh dinilai sendiri oleh perwakilan,” katanya.


Mohd Amar, yang memilih tidak menggunakan pendekatan debat seperti dicadangkan itu, bagaimanapun menilai perkara itu dalam bentuk positif untuk memberi ruang kepada calon.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan pertandingan pada Muktamar Pas ke-59  lebih kepada persaingan adik-beradik sebab itulah ia bergantung kepada pendekatan masing-masing.

Sebelum ini, Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berikrar memberi keutamaan kepada membantu kepimpinan memperkukuhkan parti sekiranya terpilih menjadi timbalan presiden pada muktamar nanti.

Jawatan Timbalan Presiden Pas kali ini menyaksikan pertandingan sengit antara Mohd Amar dan penyandangnya, Mohamad Sabu. Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini.SH


Nasrudin Hassan KUALA LUMPUR - Kriteria untuk menjadi seorang pemimpin dan menerajui Pas tidak terhad kepada keupayaan seseorang berdebat atau petah berdialog di hadapan khalayak umum semata-mata sebalik calon itu perlulah mempunyai pakej lengkap dan menguasai pelbagai kemahiran.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan mana-mana calon yang bertanding akan dinilai berdasarkan aspek pemikiran yang berasaskan perjuangan Islam termasuklah penglibatannnya dalam aktiviti parti dan memiliki keperibadian akhlak Islam.


"Ia mesti merangkumi pelbagai aspek, bukan petah beri pandangan hebat sahaja, ia baru lengkap satu aspek, bukan bijak berkata-kata tetapi mampu bertugas secara berjemah dan berparti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi pada Isnin lalu yang mengalu-alukan penganjuran debat secara bersemuka di antara calon-calon yang bertanding bagi menggalakkan kempen secara sihat.


Menurut Asmuni, melalui debat bersemuka, kedua-dua belah pihak dapat menjelaskan pandangan, pendirian dan visi mereka dalam usaha untuk memenangi hati perwakilan.


Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun tidak menganggap pemilihan sebagai pentas perebutan kuasa, sebaliknya menyifatkan ia adalah tanggungjawab terhadap parti.


"Ingatlah dalam Pas ini semua orang berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, semua orang ada kemahirann kekuatan mereka menawarkan satu perkhidmatan kepada parti," katanya.SH


No comments:

Post a Comment