PEMILIHAN PAS!!! Dato' Tuan Ibrahim masih tinjau peluang bertanding jawatan tertinggi


Tuan Ibrahim Tuan ManSHAH ALAM - Di sebalik orang ramai masih berteka-teki keputusan pemimpin Pas yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden, Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan sedang "meninjau"  pencalonan jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim berkata, beliau telah menerima tiga pencalonan untuk jawatan tertinggi parti iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK Pas Pusat melalui surat yang diterimanya secara rasmi, semalam.


Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan akan diumumkan pada 8 November selepas melakukan penyerahan borang jawapan.


"Saya baru terima surat semalam, saya ada tiga pencalonan.


"Lima calon yang diumumkan sebelum ini mempunyai kelayakan untuk bertanding merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti.


"Jadi saya belum buat keputusan, saya tengah tinjau-tinjau dulu, tapi sebelum tarikh tutup saya akan umumkan apa pilihan saya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.


Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang itu berkata Pas perlu terbuka untuk bersaing sekaligus menggambarkan parti mempunyai ramai calon yang berkelayakan.


"...saya sokong dalam Pas perlu ada pertemuan, kita suburkan demokrasi," tambahnya.


Dalam perkembangan yang sama, satu portal berita melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang turut menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden menyatakan menunggu keputusan Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Pengerusi Pemilihan Pas, Asmuni Awi telah mengumumkan lima pemimpin parti yang mendapat pencalonan untuk jawatan tersebut termasuk penyandang Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah serta dua lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.


Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata calon yang dipilih boleh menerima mana-mana jawatan yang dipencalonkan mengikut kemampuan masing-masing.


"Bagi saya sama ada dua penjuru, tiga penjuru, keputusan perlu dibuat berdasarkan kemampuan untuk pikul amanah parti," jelasnya.SH

No comments:

Post a Comment