PEMILIHAN PAS!!! Langgar etika kempen, AJK R&D Dewan Ulama PAS Pusat disiasat ?

 
 Adakah ini majlis Liqa' Fikri yang dimaksudkan?

Jawatankuasa Pemilihan PAS sedang membuat kajian mendalam terhadap tuduhan seorang pensyarah terhadap dua pemimpin PAS dalam satu majlis anjuran parti itu di Perak baru-baru ini. 

Pengerusinya Asmuni Awi berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan itu dan setelah cukup maklumat, ia akan diserahkan lepada Lembaga Disiplin PAS untuk diambil tindakan.


Dalam majlis Liqa' Fikri  (bercambahan pemikiran) anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, seorang penceramah program yang disertai ahli dan pemimpin PAS itu didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin PAS iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.




Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata kesat yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.

"Kita sedang kaji sama ada tindakan itu perlu diambil ke atas pihak penganjur atau penceramahnya. 


Apa-apapun, kita hanya akan siapkan laporan dan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Mutalib Embong untuk bertindak," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Selain kes di Perak itu, Jawatankuasa Pemilihan PAS juga sedang menyiasat satu poster yang dibuat terhadap calon ketua Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif.

Dalam poster yang disebar luas dalam Facebook itu, muka Zulhazmi diletakkan gambar anjing bersama muka dua lagi calon ketua pemuda iaitu Suhaizan Kayat dan Kamaruzaman Mohamad.


"Kita sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab ke atasnya. Jika mempunyai bukti kita akan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS untuk bertindak ke atas orang berkenaan," kata Asmuni.


Selain kedua-dua kes itu, jawatankuasa yang dipimpin Asmuni itu juga menerima lima lagi aduan daripada pelbagai pihak dalam PAS yang membuat aduan tentang perjalanan kempen menjelang Muktamar PAS ke-59, 22 hingga 24 November ini.


Sebelum ini, Asmuni dalam sidang medianya menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat laporan yang mendakwa calon menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.


Ini termasuklah pelanggaran peraturan yang melibatkan persaingan  tidak sihat seperti terdapatnya unsur sabotaj bagi menjatuhkan calon lain.RM

1 comment:

zaharaabner said...

How to win at Slots.lv casino - Dr. Minnesota
Slots.lv 전라북도 출장안마 is a 안산 출장안마 sister site 평택 출장마사지 of online slots.lv, and it's powered by a number of casinos across North America. Slots.lv 이천 출장안마 is 충청북도 출장안마 owned and operated by

Post a Comment