KUALA LUMPUR 5 Feb: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital.
Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala.
Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad.
“Kita ragu surat sakit ini kerana semalam beliau masih sihat dan sempat merasmikan pesta ponggal. Jadi kita mahu tahu betul atau tidak beliau sakit jantung atau dada seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.
“IsyaAllah tarikh baru itu mungkin kerajaan sudah berubah. Kita tunggu sahaja bagaimana seterusnya,” kata Setiausah Agung KEADILAN itu di perkarangan mahkamah kepada Keadilan Daily.
Saifuddin pada 10 Mac 2011, mempersoal bagaimana Gobala mampu memiliki RM1.4 juta untuk melangsaikan hutang pembelian tanah di Kelantan.
Katanya, berdasarkan bukti yang diterima, cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari 2011 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac 2011 dengan jumlah yang sama.
Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobala – Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.
Gobala mengumumkan keluar KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari 2011 kerana mendakwa kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.
Saifuddin bagaimanapun mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.
Ekoran itu, Gobala mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari KEADILAN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44420
Home » MILIKI RM 1.4 JUTA!!! Gobala MC takut hadir lawan Saifuddin di mahkamah
No comments:
Post a Comment