Oleh: Sudin Ishak
BN menggunakan pertubuhan belia untuk menghimpunkan anak-anak muda di Stadium Suka Menanti bagi menggambarkan sokongan besar untuk seorang Perdana Menteri kononnya.
Dengan menggunakan bajet kerajaan Pusat para pelajar sekolah dari tingkatan 5 dan 6, serta institusi pengajian yang lain dikerah hadir dengan bas percuma.
Para Mat Rempit diberi sedikit duit poket untuk mengisi minyak dan rokok, di samping ramai juga yang datang kerana dijanjikan lesen motor terbang secara percuma.
Pun begitu BN Kedah hanya mampu menghimpunkan kira-kira 2,000 (anggaran paling maksimum) anak muda untuk mengangkat kain tertera 'I love PM' sebagai satu cara untuk menghiburkan hati Najib yang gundah gulana akhir-akhir ini.
Sokongan palsu untuk menipu seorang pemimpin adalah cara biasa yang dihidangkan kepada semua para diktator dunia oleh para pengampunya.
Tidak ada perkara besar dalam ucapan Najib... mungkin kerana sudah terlalau banyak berjanji tapi jarang tertunai, kali ini Najib menjanjikan sebuah litar lumba untuk mat rempit apabila mendapati ramai yang hadir terdiri dari mat rempit.
Biasalah tu cara Najib tagih sokongan... kalau yang datang tu ramai peminat rock mungkin Najib akan janjikan pentas rock percuma di setiap daerah. Beliau akan buat apa saja untuk membeli undi... di saat nazaknya BN.
BN semakin gelabah dengan kebangkitan anak-anak muda menolak BN. Ia adalah fenomena biasa bagi golongan muda di seluruh dunia.. iatu menolak sebuah kerajaan yang terlalu tua, tidak pernah bertukar sejak merdeka.
(Bosan menunggu pelanggan yang tak kunjung tiba)
(Ramai yang hadir ialah bakal anak muda dan bekas anak muda)
(Para peniaga tiada mendapat manfaat)
(Ramai peniaga mengeluh.. pelanggan kurang)
(Suasana macam dilanggar geruda)
(Waktu PM sampai agak ramai sedikit... itupun tak sampai 1000 yang berada bawah khemah, yang lain berlegar di luar khemah mungkin bosan menatap wajah PM)
No comments:
Post a Comment