Sepanduk I Love PM fonomena biasa pemimpin hujung usia pemerintahan |
11 Disember 2012
SEPANDUK ‘I LOVE PM’ BUKTI JIWA HAMBA DAN NAJIB DALAM KEADAAN TERTEKAN
Perasan atau tidak kita sejak kebelakangan ini hampir setiap majlis yang diadakan oleh Najib Razak pasti akan ada diedarkan playkad tertera I LOVE PM diedar dan dipaksa diangkat untuk tujuan menunjukkan kekuatan Najib secara peribadi.
Mubarak muncul ketika riak protes mula muncul dengan berselindung dengan perbagai imej media wajah baik |
Setelah tiada yang sanggup mengangkat sepanduk Mubarak mewajibkan tiang lampu dan dinding mengangkat wajahnya |
Hosni Mobarak contohnya ketika apabila rakyat mula memercikkan riak protes dia juga sering memenuhkan programnya dengan teriakan dan julangan sepanduk seperti ‘I Love Mubarak’ dan berselindung disebalik imej Mesir namun setelah api kebencian memuncak dan rakyat bersatu bawah bendera Mesir tidak ada lagi yang mahu mengangkat sepanduk Mubarak dia memaksa semua tiang dan dinding mempamerkan gambarnya untuk menunjukkan kekuatan peribadinya.
Leila Ben Ali punya banyak bahan propaganda untuk menolak imej boros dan mewah sehingga menjahanamkan Tunisia |
Isterinya Leila Ben Ali menjadi antara watak kebencian rakyat kerana sikap borosnya berterusan ketika rakyat menderita kesusahan cuba diperbaiki dengan perbagai usaha media seperti mengeluarkan risalah dan buku memuja muji isterinya.
Rosmah menggunakan taktik sama Leila Ben Ali menerbitkan buku untuk memperbaiki imej memberikan persepsi sokongan rakyat sehingga mengheret Sultan Pahang melancarkan biografinya. |
Sama seperti di Malaysia Najib sebenarnya tidak pernah diuji dengan pilihanraya, dia tidak pernah mendapat mandat rakyat. 2008 yang mendapat mandat rakyat ialah Abdullah Badawi yang mengetuai Bn, itupun setengah mati mempertahankan regim dengan segala macam penipuan pilihanraya.
Jika dibawah Najib imej peribadinya jauh lebih parah dari Abdullah. Imej Abdullah ialah Abdullah lemah dan Khairy (menantu) yang merosakkan. Tetapi imej Najib lebih teruk iaitu dia dan isterinya sama merosakkan.
Namun penasihat propaganda Najib cepat memainkan peranan imej Malaysia (1Malaysia) menjadi benteng perlindungan kejap baginya.
Dia cuma menyatukan Bn dengan imej negara, maka siapa menentang Bn maka menentang tidak patriotik. Namun sejak akhir – akhir ini menjadi rahsia terbuka pergolakan dari dalam Bn itu sendiri.
Najib sudah mula hilang kawalan, perwatakan ‘mat selamat’ seperti dia bukan nakhoda yang baik untuk mengawal jentera perang pilihanraya.
sudah menjadi rahsia terbuka pergeseran dingin Najib dan Muhiyuddin, sehingga kini misteri poster menyokong Muhiyuddin sebagai PM muncul di Johor tidak terjawab |
Sehinggakan perhimpunan agong umno ‘PAU 2012′ telah menjadi acara pulih semangat dan rayuan.Najib terpaksa mengaku dia buat silap dan minta maaf.
Najib terpaksa menggunakan taktik Hitler iaitu mencipta Yahudi sebagai musuh yang perlu dibunuh untuk menyatukan German.
Najib terpaksa memberikan seribu satu persepsi salah menipu perwakilan Umno mengenai musuh politik mereka agar Umno bersatu tidak ‘tikam belakang’ .
Ya, perasan atau tidak , jangan tikam belakang menjadi tajuk utama sebenarnya dalam PAU 2012 kali ini. Semua perwakilan sudah diberi skrip.
Skrip lagu anak kecil main api yang menuntut aktornya menangis itu bukan untuk menangisi harta yang Melayu yang telah hilang kerana jika diteliti semua hak Melayu hilang setelah 55 tahun Umno menguasai negara tetapi sebaliknya ialah untuk menipu dan memberi persepsi takut kepada perwakilan dan menuntut mereka jangan tikam belakang.
Semua ini dialkukan dengan teliti oleh sepupu Najib , Hishamuddin yang menjadi pengerusi penyusun skrip perbahasan.
Hishamuddin pasti menyusun semua ini bersungguh sungguh kerana ini pusingan penting menyekat kemaraan Muhiyuddin kerana jika Muhiyuddin berjaya menjadi PM maka hasrat Hishamuddin menjadi PM tentu terbantut.
SAMM akan muncul dengan terbitan bau sarat dengan bahan bukti termasuk bahan yang diterjemah dari Peranchis |
Selepas Muhiyuddin tua di kerusi TPM dia akan berundur dan sudah tentu, Hishamuddin lah akan menggantikan TPM dan dalam track yang betul untuk menggantikan sepupunya sebagai PM.
Ini semua tidak akan dibenarkan berlaku oleh Zahid Hamidi. Untuk menunaikan hasratnya menjadi PM ia perlu menolak secepat mungkin Muhiyuddin sebagai PM.
Itu sebabnya ketika arahan haram disebut nama Deepak dalam PAU2012 lalu tiba – tiba Zahid dalam seidang medianya menyebut dia akan menjawab isu Deepak dalam ucapan penggulungannya hari berikutnya.
Namun dia tentu diberi ugutan kata dua sehingga dalam ucapannya penggulunganya esok itu hanya penuh mentera memuji Najib tidak ada menyebut isu Deepak seperti yang dijanjikan.
Kita kena faham semangat panglima Zahid tak setara mana lagi selepas dia keluar ISA ketika kebangkitan Reformasi 1998.
Najib terhimpit dan terkepung kali ini |
Dia tidak ada jalan lain selain dari membina persepsi dia secara peribadi kuat maka anak – anak buahnya menyusun memaksa semua orang untuk mengangkat sepandul I Love PM tetapi dia lupa dia hanya mengulangi manul kejatuhan semua pemimpin yang ditolak rakyat.
ketika orang India terhimpit masalah parti ekstrem perkauman India hanya mampu menunjukkan jiwa hamba dengan jeritan I Love PM |
Yang diperlihatkan bukan penyatuan tetapi jiwa hamba komponen Bn. Sepatut yang diangkat ialah ‘Hidup Rakyat’.
Mca selaku parti perkauman melampau orang Cina harus mengangkat Hidup Cina dan Mic parti perkauman melampau orang India seharusnya mengangkat sepanduk Hidup India khususnya ketika orang India dirundung perbagai masalah yang tak selesai sejak merdeka yang gagal diselesaikan oleh Bn.
Namun dengan mengangkat I Love PM menyerlahkan politik mereka ialah bagaimana mengekalkan kekuasaan semata – mata bukan kepedulian rakyat.
No comments:
Post a Comment