Spekulasi kini terjawab.
Sah, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel Karingal Amalilio merupakan "saudara jauh" keluarganya.
Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campur tangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut.
"Saya ada keluarga besar dan saya baru saja diberitahu bahawa individu ini merupakan seorang saudara jauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kerajaan negeri Sabah tidak akan masuk campur dan tidak pernah melakukan seperti didakwa.
"Ini adalah soal polis dan Interpol.
"Sama ada Amalilio seorang saudara atau tidak, pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Tiada orang yang dikecualikan undang-undang," katanya lagi.
Kenyataannya itu dipercayai bagi menjawab gesaan timbalan presiden KEADILAN, Azmin Ali semalam yang menuntut penjelasan ke atas dakwaan para pegawai Filipina bahawa Musa campurtangan dalam urusan tersebut.
umaat lepas, Setiausaha Dalam Negeri Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat cubaan untuk membawa Amalilio pulang ke Filipina.
Amalilio dikehendaki oleh Manila kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang yang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta).
Presiden Filipina Benigno S Aquino III telah berikrar untuk membawa Amalilio ke muka pengadilan.
Tiada perjanjian ekstradisi
Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina.
Empat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang "jelas dan boleh diterima" untuk campurtangan, kata de Lima.
Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti.
Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi.
Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, Sabah Khamis lepas kerana didakwa memegang pasport Filipina palsu.
Amalilio juga mendakwa dia warganegara Malaysia, tetapi Manila telah berhujah ia tidak penting kerana ejen NBI telah membawa dokumen, termasuk sijil kelahiran, untuk membuktikan suspek sememangnya rakyat Filipina.
Media blackout
Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Filipina membisu bagi mengelakkan menjejaskan usaha untuk membawa pulang Amalilio.
Menurut akhbar Manila Standard Today, de Lima berkata laporan media di Kota Kinabalu telah menyumbangkan kepada situasi semasa.
"Saya rasa laporan media - terutama di Kota Kinabalu - menyumbang kepada apa yang telah berlaku. Itulah penilaian kami.
"Sekarang, kita memilih untuk berada di pihak yang selamat dan berhati-hati. Berhentilah melaporkan mengenainya untuk seketika bagi memudahkan proses tersebut," beliau dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, jurucakap bagi Presiden Filipina Edwin Lacierda berkata adalah "tidak baik" untuk Filipina mendedahkan setiap langkah mereka.
"Saya rasa ia adalah bijak bagi kita untuk tidak mendedahkan setiap langkah sesuatu operasi."
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment