Inilah rakaman video paling pendek dalam dunia! Durasi selama 30 saat sahaja! Ha! ha! Korang lihatlah sendiri ~
Kelakar betul bila baca blog penjilat Hamidah tu. Ada video tunjuk Anwar jatuh! Anwar jatuh sebaik pijak bumi Pengkalan Pegoh? Kah! Kah! Kah! Kah! Korang lihat gambar berikut yg aku ambil dari rakaman blogger Penjilat Hamidah pada saat ke 10.
Malam tadi aku bersama dengan sahabat ku, blogger Ajijoi. Dengan keadaan aku, aku taklah merayau-rayau seligat Ajijoi. Ajijoi kebetulan berada berhampiran dgn situasi yang cuba diputar belitkan oleh penjilat Hamidah ni.
Ajijoi bagi tahu aku malam tadi, "Kesian tengok Anwar tu , pembantu-pembantunya terpaksa papah dia bila nak bangun tadi...kan dia ada sakit tulang belakang dulu tu...masih tak sembuh sepenuhnya."
Aku diam saja. Tak kata apa-apa pun.Keadaan aku sendiri mungkin lebih teruk lagi dari Anwar tu!
Anwar sebenarnya cuba menyantuni para pengunjung di majlisnya itu. Dia duduk bersila bersama-sama mereka.Lihatlah gambar (aku ciluk dari sini) yang Ajijoi rakamkan.Orang ramai kelihatan cukup gumbira dapat bersama-sama Anwar secara dekat dan mesra begini. Hamidah boleh buat macam ini?
Itulah, bila tengok blog Penjilat Hamidah tu, aku rasa macam susah nak percaya. Ada juga manusia tengin tak berhati perut dengan penderitaan penyakit yang orang lain hidapi.
Anwar yang mengidap sakit tulang belakang tu memanglah terpaksa dipapah untuk bangun dari duduk kat bawah tu! Hal semacam ini pun nak putar belit.Kantoilah ko Penjilat Hamidah!
Kalau Anwar jatuh sekali pun, apa masalahnya ? Penjilat Hamidah ni lebih patut bersiap-siap untuk menyambut kejatuhan Hamidah dan Zambry di Perak ni tak lama lagi! Jam itu barulah ko tahu dan rasakan sendiri akibahnya nanti.
ALHUSSEYN
No comments:
Post a Comment