RAZUAN Mohd Azudin (kanan) tetap memberi penegasan kepada Phee Boon Poh (kiri) sambil diperhati oleh 'Yaacob Bebas' (tengah) |
SEKUMPULAN pemuda, dalam satu pertemuan dengan Exco Phee Boon Poh petang tadi, gagal mengemukakan bukti mengenai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menyeleweng sejumlah dana dari kutipan kempen 'Hari Tanpa bag Plastik Percuma'.
Jurucakap kumpulan itu, "Yaacob Bebas" berdalih, pihaknya menuduh Kerajaan Negeri menyeleweng dana tersebut selepas Boon Poh mendedahkan data berwajib yang disahkan oleh Audit Kerajaan Negeri.
"Saya bukan kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang tipu duit rakyat (kutipan kempen Hari Tanpa bag palstik), kita nak kata ada 'kemungkinan'," dalih Yaacob di Komtar, George Town
Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang, Razuan Mohd. Azudin dan seorang temannya turut hadir mewakili kumpulan tersebut.
Lebih 10 wartawan turut hadir sebagai saksi perbincangan dua hala yang dipengerusikan oleh Boon Poh, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.
Boon Poh menjelaskan, kutipan bayaran kempen "Hari Tanpa Bag Plastik Percuma" pada setiap Isnin dilancarkan sejak 1 Julai 2009.
"Sesiapa yang hendak menggunakan bag plastik dikehendaki untuk membayar sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik. Ini hanya dikenakan di pusat membeli-belah sahaja," ujar beliau sambil meminta kerja sama daripada semua pihak untuk menjayakan kempen kehijauan alam itu.
Bermula pada 1 Januari 2010, Boon Poh berkata, polisi kemampanan alam itu dilanjutkan selama tiga hari, iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.
"Selain dari pasar awam, perniagaan kedai, kecil dan penjaja, dikehendaki mengutip bayaran sebanyak RM0.20 bagi tiap-tiap bag plastik yang dikeluarkan," ujarnya.
Sebagai langkah integriti, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua kutipan oleh kumpulan yang disyaratkan dikehendaki dibayar melalui cek di atas nama Akaun Bendahari Negeri Pulau Pinang.
Malah, katanya, resit rasmi darii Jabatan Kewangan Negeri akan dikeluarkan bagi tujuan itu.
Selepas itu, katanya lagi, semua kutipan itu akan dipindahkan ke Akaun Amanah 57019 untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar.
"Semua data kutipan dan perbelanjaan diaudit oleh Audit Dalaman, Audit Kerajaan Negeri dan Audit Negara.
"Kalau Kerajaan Negeri menipu duit kutipan ini, sila kemukakan bukti untuk menolak data-data yang saya bawa dari auditor ini.
"Mereka kata mereka sokong (undi) Pakatan Rakyat. Tetapi, sebelum pilihan raya (umum) 2008, Pakatan Rakyat pun tak ada lagi. Kalau Pakatan Rakyat pun masih tak wujud, bagaimana mereka sokong Pakatan Rakyat," tegas Boon Poh.
Sumber Kerajaan Negeri mendedahkan, RM182,980.20 berjaya dikutip pada tahun 2009 sempena kempen itu, diikuti, RM298,056.00 (2010), RM894,716.60 (2010), RM894,716.60 (2011) dan RM1,230, 493.40 (2012).
Manakala, jumlah pembayaran untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar bagi tahun 2009 berjumlah RM1,881,770, diikuti RM2,310,887 (2010), RM2,262,035 (2011) dan RM2,518,180 (2012).
"Keseluruhan kutipan dari bulan Julai 2009 hingga (tahun) 2012 berjumlah RM2,606,246.20. Jumlah pembayaran untuk program basmi miskin tegar pula berjumlah RM8,972,872.
"Dia ('Yaacob Bebas') kata Kerajaan Negeri ada buat penipuan duit rakyat, apabila saya minta kemukakan bukti, dia tak mahu jawab," ujar Boon Poh.
Tiga wakil kumpulan tersebut sehingga akhir pertemuan dengan Exco dilihat tidak membawa apa-apa data bagi membuktikan tuduhan mereka kononnya Kerajaan Negeri menyeleweng duit dana tersebut.
Sebelum pada itu, kumpulan pemuda terbabir melancarkan demontrasi haram di perkarangan Komtar, George Town yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri.
Mereka mengangkat beberapa sepanduk seperti, "Balik Melaka La Apek", "Guan Eng Jawab Lani", "Guan Eng penipu" dan "Mana duit plastik". -END
No comments:
Post a Comment