UMNO MAIN ISU IBU TUNGGAL!!! Sokongan wanita Melayu Selangor terhadap Pakatan naik 5 peratus

KUALA LUMPUR 22 Jan: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sokongan wanita Melayu Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu naik lima peratus dari 48 peratus pada Februari 2012 kepada 53 peratus.

Menurutnya, tinjauan yang dikhususkan di Selangor itu dibuat sebuah agensi bebas kajian pemasaran, namun tidak menamakan syarikat tersebut.


“Sebanyak 53 peratus wanita Melayu dan golongan suri rumah berpuas hati. Peningkatan ini memberi mesej jelas bahawa golongan wanita mendapat kefahaman polisi dan dasar yang dibawa Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Agenda Wanita Malaysia (AWM).

“Ini merupakan antara hasil gerak kerja Wanita KEADILAN yang giat mempromosi dan memberi penerangan kepada golongan wanita dan suri rumah di akar umbi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Zuraida berkata, Wanita KEADILAN percaya golongan wanita yakin dasar AWM yang membela dan mengangkat martabat wanita serta ketulusan kerajaan Selangor melaksanakan pelbagai program demi menjaga kebajikan dan mendahulukan rakyat.

“Fenomena peningkatan sokongan bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara,” kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor itu lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43649

No comments:

Post a Comment