TERKINI KL 112!!! 80 000 penuhi Stadium Merdeka - Twitter terkini polis

NONE2.51pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.
2.50pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.

"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya. 


2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium. 

2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin. 

2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin. 

2.25pm: Kumpulan baru peserta himpunan yang sebahagiannya berbaju kuning logo BERSIH dan membawa bendera PAS mula bergerak dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka.
Jumlah mereka dianggarkan seramai kira-kira 3,000 orang dan pergerakan mereka memenuhi jalan menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka berjalan sambil melaungkan 'Reformasi' dan bertakbir.

Turut kelihatan di antara peserta adalah seorang lelaki berkerusi roda, Mohamad Yusof yang datang dari Ijok untuk menyertai himpunan ini. 


2.15pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah Yak Chopil, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas. 

Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan dan dilayan sama adil. 

Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran. 

2.10pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium. 

2.08pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.

Dalam ucapannya, Suhaizan  menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor. 

1:54pm: Stadium Merdeka - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu.Malaysiakini

No comments:

Post a Comment