NAJIB TERSEDAK!!! Kenapa yang terdesak sangat Bank Islam?




Gara-gara analisis jujur yang tidak boleh diterima rejim Zionis Barisan Nasional (BN), Bank Islam Malaysia Berhad semalam membuat laporan polis kedua terhadap ketua pakar ekonominya yang digantung tugas, Azrul Azwar Ahmad Tajudin kerana mendapat dan membocorkan dokumen sulit bank.
Azrul Azwar menjadi perhatian baru-baru ekoran pandangannya bahawa Pakatan Rakyat berkemungkinan menang pilihanraya umum ke-13.
Bank Islam dalam satu kenyataan berkata, laporan polis yang pertama dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Jumaat lepas.
"Dalam proses siasatan kami tentang pelanggaran peraturan, kononnya bank tersebut mengesan bukti pelanggaran lain yang mewajarkan kami membuat laporan polis pada Jumaat.  
"Penggantungan tugas adalah akibat tindakan Azrul melanggar dasar dalaman bank, dengan butirannya telah disampaikan kepada beliau dalam surat tunjuk sebab, yang diserahkan kepadanya pada 17 Januari dan selepas siasatan selanjutnya, bank membuat laporan polis yang kedua hari ini," kata kenyataan itu dipetik Bernama hari ini.
Sabtu lalu, Azrul Azwar menegaskan, beliau berpegang kepada analisis yang mencetuskan kontroversi bahawa PR ada kemungkinan boleh menang PRU13, sekali gus membentuk kerajaan pusat.
Azrul Azwar berkata, beliau mengetengahkan pandangannya pada Singapore Regional Outlook Forum tempoh hari secara profesional, jujur dan tanpa memihak mana-mana pihak.
"Saya berpegang kepada analisis saya dan pembentangan saya pada forum (dimaksudkan)," katanya.
Kata Azrul Azwar lagi, beliau menyediakan analisis berdasarkan tiga senario kemungkinan iaitu kemenangan tipis BN, kemenangan tipis Pakatan Rakyat dan kemenangan besar bagi Pakatan Rakyat.
Pilihanraya umum ke-13 dijangka akan diadakan Mac ini. 
Mandat kerajaan pusat berakhir pada 28 April tahun ini.
Sambil menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau ahli KEADILAN, Azrul Azwar berkata, tidak ada alasan munasabah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya.
Azrul yang telah bertindak sebagai penganalisis di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dilaporkan telah berkata dalam sebuah forum awam di ibu negara yang "terdapat kemungkinan tinggi" Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihanraya umum ke-13.
Rabu lalu, pengurusan Bank Islam menegaskan, Azrul Azwar telah digantung tugasnya kerana ia mempunyai "asas-asas yang wajar" untuk mempercayai yang beliau telah melanggar dasar dalaman bank.
Perkara berhubung dengan pelanggaran dasar itu akan diketahui sebaik sahaja siasatan selesai, kata Bank Islam.
Sementara bank itu terus mengulangi yang pandangan politik dan komen Azrul Azwar tidak seharusnya dikaitkan dengan bank berkenaan, ia terus ingin menegaskan yang penggantungan beliau tidak ada kaitan dengan tindakannya menyuarakan pandangan politik peribadi beliau.

No comments:

Post a Comment