Sebuah lagi trak kempen pilihan raya DAP hampir kecurian semalam, selepas sebuah trak kempennya dicuri di Johor November lepas.
Trak tersebut diletakkan di tempat letak kereta berhampiran ibu pejabat parti itu di Pudu, Kuala Lumpur.
Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata pemilik restoran Wan Kwai May (kanan) telah memberitahu pekerja parti itu mengenai percubaan untuk mencuri trak itu semalam.
Menurut Wan, seorang penjual sayur memberitahunya yang dia
ternampak seorang lelaki yang mencurigakan di dalam trak itu, dan pergi memeriksanya.
"Dia (penjual sayur itu) berkata, dia bertanya kepada lelaki sama ada trak tersebut miliknya. "Lelaki itu tidak menjawab dan berpura-pura membuat panggilan telefon, tetapi dia tiba-tiba cuba menyerang penjual sayur itu sebelum melarikan diri.
"Penjual sayur itu meminjam motosikal dan mengejar lelaki itu,
tetapi gagal untuk menangkapnya," kata Wan kepada pemberita, sambil menambah bahawa peniaga tersebut lebam di lengannya.
Pada bulan November lalu, sebuah daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan, dicuri di hadapan rumah kedai Ketua Wanita DAP Johor.
Menurut pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau, trak tersebut membawa barangan kempen dan bahan-bahan publisiti DAP.

No comments:
Post a Comment