Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) bakal menjadi momen bersejarah sebelum pilihan raya umum, sebagai signal kepada kerajaan Umno BN bahawa peralihan kuasa boleh berlaku secara aman, kata Pengarahnya, Mohamad Sabu.
“Himpunan ini akan menjadi contoh kepada negara dunia ketiga yang lain, dan menjadi simbolik peralihan kuasa secara aman.
Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar stadium bersejarah itu.
Pertamanya kita berterima kasih kepada Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.
Sifat beliau yang disenangi semua pihak tanpa banyak protokol pemangkin kejayaan misi yang diamanahkan kepada beliau.
Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu.
Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa.
PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina Unit Amalnya yang bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar.
No comments:
Post a Comment