Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung.
Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini.
Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.
Tapi yang hairan bin ajaib..tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong.
Kalau ia pun tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan dengan agong pun tak suka juga.Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini?
Di mana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini..yang lebih dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati...antaranya "kesetiaan kepada raja dan negara".
Hah...kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong pun gagal hadir..setia apa namanya.
Pada hemat PK, ADUN-ADUN pembangkang ini sebenarnya dan naik sasau bila Kampus Induk KUIn di Kuala Ketil itu selamat dilaksanakan dan perasmiannya pun berjaya diadakan.
Mereka ini kalau boleh nak bagi gagal dan tak jadi maka bolehlah nanti jadi point untuk hentam Pakatan Rakyat Kedah menjelang PRU ke13 nanti.
Mungkin juga, mereka malu.,,malulah sejak 1985 KUIN didirikan, bermula dari Osman Arof sehingga Mahadir Khalid, Kerajaan BN Kedah dulu masih gagal mendirikan sebuah kampus tetap KUIN selain hanya meneruskan pengajian di kolej sementara di Mergong yang tidak dapat menampung kapisiti jumlah pelajar yang semakin meningkat.
Dengar-dengar hujung telinga PK, masa zaman Osman Aroff menteri besar dulu ada juga ura-ura nak buat Kampus Induk KUIN di sebuah daerah di Yan..tapi tangguh-tangguh..akhirnya tak buat.
PK tanyalah..."kenapa tak buat."...jawab sipenyampai tu...."nak buat macamana..asyik dok buat padang golf saja..Ustaz Azizan ni dia pulun..tu yang boleh siap cepat.".
Betulah tu..PK pun setuju..UMNO ni kalau projek menguntung mereka..lebih-lebih lagi untuk mereka..cepat pelaksanaannya tapi kalau untuk rakyat..."hemmmmm...tak apalah..gunalah hat tu dulu...lagi pun jurusan agama saja..buat apa dok buat besaq-besaq..nanti-nanti..lawan kita balik".
~kedahlanie.info
Kredit gambar - Kedah La
Home » PERASMIAN GEMILANG KAMPUS KUIN!!! 5000 hadir walaupun dIboikot wakil rakyat UMNO/BN
No comments:
Post a Comment