KAJIAN POPULARITI!!! Najib 43%, Anwar 42%...


Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.

NONE

Dua lagi pemimpin turut dimasukkan dalam kajiselidik itu, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga (26 peratus) manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat terakhir (22 peratus).

Bagi undi tidak bersetuju pula, Abdul Hadi menduduki tempat tertinggi (46 peratus), diikuti oleh Muhyiddin (42 peratus).

Di Kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular (46 peratus), diikuti oleh Abdul Hadi (36 peratus), Anwar (34 peratus) dan Muhyiddin (26 peratus).

Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina di mana Anwar muncul paling popular (61 peratus), diikuti oleh Najib (35 peratus), Muhyiddin (15 peratus). Abdul Hadi adalah yang paling kurang popular, meraih hanya dua peratus.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka.

Pengundi baru, Anwar lebih popular


Sementara itu, kajiselidik itu mendapati Anwar lebih popular berbanding dengan Najib di kalangan pengundi baru dan kali pertama.

NONE


Anwar memperolehi 52 peratus penerimaan dari kumpulan ini, manakala Najib menerima 30 peratus, dengan Abdul Hadi di tempat ketiga (24 peratus) dan Muhyiddin lepas (15 peratus).

Terdapat lebih dua juta pengundi baru dalam pilihan raya umum yang akan datang, yang mewakili kira-kira 20 peratus daftar pemilih, membuat mereka mempunyai kuasa yang kuat.

Responden terbahagi hampir sama rata dalam pilihan antara parti atau calon, dengan 48 peratus meletakkan calon dahulu dan 47 peratus memberikan keutamaan kepada parti.

Bagaimanapun, responden wanita dalam kajiselidik tersebut memberi penekanan yang lebih besar kepada calon - 54 peratus mengatakan calon lebih penting, berbanding dengan 46 peratus sebaliknya.- malaysiakini

No comments:

Post a Comment