PEMILIHAN PAS!!! Ust. Akmal Kamaruddin menang berganda Ketua Pemuda dan Timbalan YDP PAS Larut



LARUT : Ust. Akmal Kamaruddin mencatat kemenangan berganda apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Larut.

Anak kepada tokoh ulama PAS Larut Ust. Kamaruddin Awang Basir itu dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dalam mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Larut. 

Beliau kemudiannya bertanding menentang penyandang jawatan TYDP PAS kawasan Larut semasa mesyuarat agung PAS kawasan Larut dan memenangi jawatan itu.

Kemenangan ini menandakan penerimaan perwakilan terhadap seorang tokoh ulama muda haraki untuk membawa PAS Larut dan Dewan Pemuda PAS Larut memacu kemenangan dalam PRU 14 nanti.


Ust. Akmal yang juga menantu kepada Presiden PAS mendapat gandingan mantap seorang lagi ulama muda haraki iaitu Ust. Syahir Hasan sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut.
 Ust. Syahir Hasan
Ust. Akmal juga dijangka melengkapkan kemenangannya apabila bertanding salah satu jawatan utama Dewan Pemuda PAS Perak dalam mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Perak yang dijangka berlangsung pertengahan Oktober ini.

Beliau diramal mendapat kepercayaan perwakilan pemuda PAS seluruh Perak memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Sementara itu, PAS Kawasan Larut mendapat YDP yang baru apabila YDP sesi lalu Dr. Mohamad Dahari mengundur diri. 

Ust. Tareq Zainordin telah dipilih sebagai YDP PAS Kawasan Larut mengalahkan seorang pencabar.

Manakala Setiausaha sesi lalu Ust. Abu Husin memenangi jawatan NYDP tanpa bertanding.KGB





No comments:

Post a Comment