Semua kepimpinan utama PAS Kawasan Kepong kekal pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 kawasan itu yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, baru-baru ini.
Amran Abd Majid (gambar) terus diberi kepercayaan sebagai Yang DiPertua, dibantu oleh Mohd Shafie Abdul Rahman, Timbalan dan Mohd Kutty Mohideen selaku Naib Yang DiPertua, sementara Hasnan Abu Bakar terus memimpin Jawatankuasa Urusan Ulama.
Terdahulu, Ahmad Nabeel Hashim dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Kepong yang baharu dan mengekalkan Rosnah Abdullah sebagai Ketua Muslimat PAS Kawasan, pada mesyuarat dewan masing-masing.
Gandingan muka baharu dan lama mengisi senarai AJK PAS Kawasan dan dijangka akan melonjakkan lagi parti itu untuk sesi mendatang.
Mereka ialah Abdul Rashid, Zainal Abidin Rahmad, Ustaz Mahat Sudin, Rusdi Ghazali, Abu Bakar Maidin, Bakri Shamsuddin,Muhammad Musab, Abdul Ghani Endut, Abu Bakar Md Yassin, Mohammad Din, Ustaz Daud Mamat, Abdul Halim Ibrahim, Mazlan Makbar dan dua orang muslimat turut terpilih bagi memegang jawatan tersebut Nooriza Bakri dan Halimah Maidin. STS
No comments:
Post a Comment