PEMILIHAN PAS!!! MK Ibrahim kekal Yang Dipertua PAS Seremban




KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Seremban yang bermesyuarat semalam mengekalkan Mk Ibrahim sebagai Yang Dipertua PAS kawasan tersebut bagi sesi 2013 -2015.

Manakala, Zakaria Sheikh Othman yang dulunya sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) kawasan dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua kawasan.

Mesyuarat agung tahunan itu turut mengemukakan usul menuntut kerusi Dun Ampangan dikembalikan kepada PAS, yang sebelum ini diberikan kepada PKR.

Sementara itu, mesyuarat yang dihadiri 123 perwakilan itu memilih Fadli Che Me sebagai NYDP, Ustaz Khairi Zainuddin sebagai Ketua Urusan Ulamak, Abu Zarim Abd Rahman sebagai ketua pemuda.


Manakala, kepimpinan muslimat turut berubah apabila para perwakilan memilih Yusnita Minhat sebagai ketua muslimat baru, menggantikan Normah Suhor.

No comments:

Post a Comment