SHAH ALAM: PAS Kawasan Serdang, Gombak, Kota Raja dan Kelana Jaya mengekalkan pemimpin tanpa sebarang pertandingan dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing.
Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kelana Jaya, perwakilan mengekalkan Yang Dipertua (YDP), Ir Izham Hashim (atas); Timbalan YDP, Mohd Ghazali Daud dan Naib YDP, Muzammil Hafiz.
Perwakilan PAS Kawasan Serdang turut mengekalkan YDP PAS Kawasan, Shafie Ngah; Timbalan YDP, Mazwan Johar dan Naib YDP, Ustaz Syukor Atan.
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gombak pula mengekalkan penyandang YDP, Ustaz Salehuddin Nasir; Timbalan YDP, Ustaz Hasbullah Ridzwan dan Naib YDP, Ustaz Farhan Humaizi Abdul Halim.
YDP PAS Kota Raja, Jaafar Shamsuddin; Timbalan YDP, Norhalim Sirom dan Naib YDP, Dr Siti Mariah Mahmud (kiri) turut menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung pemilihan baru-baru ini.
Pertandingan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Besar menyaksikan YDP kekal disandang Ustaz Sallehen Mokhyi manakala Ustaz Jamsari Marsom kekal sebagai Timbalan YDP dan Ustaz Mustaim Osman sebagai Naib YDP.
Perwakilan PAS Kawasan Kuala Langat pula mengekalkan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai YDP; Timbalan YDP, Ustaz Zamri Shafiq dan Naib YDP, Mohd Hamdan Sapar.
Bagi PAS Kawasan Sepang , pertandingan jawatan YDP menyaksikan penyandang jawatan, Jaafar Pangat dikekalkan perwakilan manakala jawatan Timbalan YDP dan Naib YDP dimenangi tanpa bertanding Sobirin Marsono dan Ustaz Azrul Aslim.
Iskandar A Samad (kanan) pula kekal sebagai YDP PAS Kawasan Pandan manakala Meor Ridwan dilantik Timbalan YDP. Jawatan Naib YDP yang dipertandingkan dimenangi Suhaimi Ghazali.
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kapar yang berlangsung di Dewan Serbaguna MPK Pekan Meru mengekalkan Dr Abdul Rani Osman sebagai YDP manakala Timbalan YDP disandang Ustaz Noornajahan Mohd Saleh dan Naib YDP Ustaz Wan Hamidi Wan Mohamad .
Mesyuarat dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Dewan Orang Ramai Bandar Sultan Suleiman, Sementa malam sebelumnya.
Di Selayang, jawatan YDP kekal disandang Zaidy Abdul Talib (kiri) yang juga Adun Templer, Timbalan YDP, Kamaruzaman Md Nor dan Naib YDP, Azizan Mamat.
Bagi PAS Kawasan Shah Alam, pertandingan bagi jawatan utama dimenangi Azli Yusof sebagai YDP; Zulkifli Md Nani (Timbalan YDP) dan Jamil Abd Rahim (Naib YDP).
Penyandang YDP, Khalid Abd Samad tidak mempertahankan jawatan bagi memberi laluan kepada muka baru.

No comments:
Post a Comment