Home » PEMILIHAN PAS!!! PAS Kawasan Batu calonkan Haji Muhammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS
PEMILIHAN PAS!!! PAS Kawasan Batu calonkan Haji Muhammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS
KUALA LUMPUR:
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke28 yang disambung pada Ahad 6 Okt lalu mencalonkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS. Sementara itu Mohamad Sabu kekal di kerusi Timbalan Presiden. Tiga Naib PresidenSalahuddin Ayub, Dato Dato' Mahfuz Bin Omar dan Dato' Husam Musa diminta mempertahankan jawatan berkenaan dalam pemilihan Muktamar PAS Pusat November depan.
Keputusan ini dicapai setelah berdepan dengan dua cadangan perwakilan. Satu untuk mengekalkal kepimpinan PAS Pusat yang ada sekarang dan satu lagi menamakan lima jawatan tertinggi parti untuk dipertandingkan.
Setelah diundi, mesyuarat bersetuju mengekalkan kepimpinan PAS Pusat yang sedia ada bagi meneruskan kelangsungkan parti berjuang untuk dua tahun akan datang. Sokongan ini dipercayai kepimpinan yang ada telah menunjukkan preatasi sangat baik dalam mengendalikan parti sehingga menang besar dalam PRU13 lalu disamping berjaya meyakinkan bukan Islam terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke28 telah mengesahkan jawatan Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua menang tanpa bertanding buat sesi kedua berturut-turut dalam mesyuarat agungnya yang dismbung pada Ahad, 6 Okt lalu di dewan Masyarakat Taman Gombak, Kuala Lumpur.
Mereka ialah Chegu Ishak Surin, Dato' Suhaimi A Rahman dan Dato'Tarmizi Mohd Jam II. Pada 29 Sept lalu, mesyuarat ini ditangguhkan berikutan bantahan PAS Kawasan terhadap lantikan Jawatankuasa Pemilih oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah yang disaftkan bias, tidak profesional dan hilang integriti.
Ekoran itu PAS Kawasan batu telah membentangkan laporan punca penangguhan mesyarat berkenaan dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah pada 30 Sept dan mendapat reaksi positif daripada Pesuruhjaya, Mohamad Noor Mohamad.
PAS Kawasan Batu juga memanjangkan aduan kepada Dato' Setiausaha Agung PAS dan kemudiannya dikendalikan oleh Penolong Setiausaha Agung, Dato' Takiyuddin Hassan. Juga mendapat respon positif dengan tindakan pantas PAS Kawasan Batu menangguhkan mesyuarat agung.
Seramai 16 AJK dipilih pada pemilihan yang dikendalikan oleh wakil Perhubungan PAS Wilayah - YDP PAS Cheras, Drs Ustaz Mohd Ali Jamil dan Penolong Setiausaha PAS Wilayah, Kamaluddin. Ustaz Azhar Yahya kekal sebagai penyandang Ketua Urusan Ulama.
Menurut Ishak Surin, pemilihan kali ini dilihat paling sengit dengan pelbagai karenah yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dan ia terpaksa dihadapi berikutan kempen meluas di seluruh negara menggunakan modus operandi yang sama.
No comments:
Post a Comment