KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini "duduk di dalam hutan" kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam hutan.
Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.
"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba, "political animal in the jungle"," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".
Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.
"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba, "political animal in the jungle"," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor semalam yang berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".
Noh turut menyifatkan mereka yang mengadakan himpunan membantah penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai melampaui batas dan tidak hormat kepada perlembagaan.
Ekoran itu beliau menyarankan mereka agar duduk dalam hutan.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan Black505 yang diadakan di seluruh negara itu sebenarnya adalah mahu membebaskan negara dari cengkaman undang-undang rimba yang diamalkan Umno BN.
Rakyat katanya tidak boleh menerima segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya lalu dan mahukan sistem itu diperbetulkan.
Ujarnya, seharusnya pemimpin kerajaan menerima kritikan yang diutarakan rakyat untuk kebaikan negara dan bukan menyekat dan menghukum mereka menggunakan undang-undang rimba itu.
"Bila duduk dalam rimba, yang berkuasanya adalah harimau-harimau yang ganas, yang boleh bertindak sesuka hati.
"Maka himpunan ini nak bebaskan negara dari cengkaman harimau-harimau yang ganas ini," katanya lagi.
KEADILAN kecam penahanan Tian & Haris, desak pembebasan
KEADILAN mengutuk penahanan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengerusi Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim pada hari ini di bawah Akta Hasutan.
Ini satu lagi bukti bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih lagi terperangkap dengan dasar-dasar lapuk Umno BN.
Pada tahun lepas, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Akta Keharmonian Nasional untuk menggantikan undang-undang zalim tersebut, Akta Hasutan yang digubal penjajah tersebut kekal.
Dakwaan bahawa beliau mahukan rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya baru-baru ini juga terbukti janji kosong semata-mata. Ini adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Penahanan terbaru ini berlaku selepas dakwaan terhadap saya di bawah Akta Perhimpunan Aman dan penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan.
Ironisnya, ramai pimpinan Umno BN dan akhbar mereka, Utusan Malaysia terus membakar sentimen perkauman namun tiada tindakan diambil ke atas mereka sedangkan pimpinan yang berjuang untuk demokrasi menjadi mangsa. Ini menunjukkan hipokrasi pentadbiran Najib.
KEADILAN mendesak pembebasan serta-merta Tian dan Haris dan pemberhentian pendakwaan bermotifkan politik terhadap aktivis Pakatan Rakyat dan NGO.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52407
Pengarah Komunikasi KEADILAN
No comments:
Post a Comment