PERKASA DAH BERTAUBAT?!!! Mahu aktif buat kerja kebajikan, buka Pusat Khidmat bantu rakyat

 
 Samseng Perkasa ni bertaubat juga ke?

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang mahu lebih aktif khususnya dalam bidang kebajikan selain ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.
  
Timbalan Yang Dipertuanya Fadzil Shuib berkata usaha itu adalah satu daripada cara  bagi mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap pertubuhan berkenaan yang selama ini dianggap hanya memperjuangkan orang Melayu.
   

Untuk tujuan itu, katanya pihaknya merancang membuka Pusat Khidmat mulai bulan depan bagi membantu menangani pelbagai masalah kebajikan yang dihadapi rakyat Pulau Pinang.
  
"Langkah  yang Perkasa buat itu bagi membuktikan pertubuhan ini bukan sebuah NGO  (badan bukan kerajaan) yang rasis pada sesuatu kaum sahaja seperti didakwa pihak tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan pendidikan Perkasa kepada dua pelajar miskin yang akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi di Gambang Pahang.
  
Pelajar berkenaan Nur Aiffah Suhadah Mohd Sharudin, 18, dan Alin Azureen Amwan, 18, menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang. - Bernama

No comments:

Post a Comment