PATUTNYA DISOKONG!!! Tapi polis kepung Dataran Merdeka, tahan peserta Flashmob Tolak Perkauman

DataranHampir 30 polis mengepung Dataran Merdeka kira-kira jam 1.30 petang tadi bagi menghentikan program ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ anjuran kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’.

Empat peserta ditahan dan diminta menyerahkan kad pengenalan kepada ASP Garvinder dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


Salah seorang peserta yang ditahan, Ali Abdul Jalil berkata, polis meminta mereka segera bersurai dan menghentikan sebarang perhimpunan dan provokasi menentang kerajaan.


“Kami akan teruskan flash mob ini selagi media arus perdana terus dengan provokasi perkauman,” kata aktivis itu kepada
Keadilan Daily selepas dilepaskan.

Kumpulan berkenaan dijadualkan berarak ke Sogo, KLCC dan berakhir di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCHAH) jam 8 malam ini.


tahan
Tiga lagi peserta yang ditahan adalah Syukri Kamaruddin, Mohd Haisham Yatiran dan Mohd Haishiram Yatiran.

Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan polis beberapa minit kemudian.


‘Flash Mob Menolak Perkauman’ diadakan serentak hari ini pada jam 1 petang di seluruh negara termasuk Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan) dan Kelantan (Kota Bharu).


Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman Cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.~
kd

No comments:

Post a Comment