
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong yang baru, Ust. Abu Bakar Husin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap para pengundi semua kaum kerana telah memberikan kepercayaan kepada beliau mewakili mereka.

Ust. Abu Bakar berkata beliau sedia berkhidmat untuk rakyat bagi menyuarakan masalah rakyat serta menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri dalam apa juga perkara.
"Saya akan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat, kebajikan rakyat semua rakyat, orang Melayu, orang Cina, orang India dan sesiapa juga.
"Saya akan menyuarakan masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat, kebajikan rakyat semua rakyat, orang Melayu, orang Cina, orang India dan sesiapa juga.
"Saya juga berazam menerap sifat cintakan ilmu kebajikan dalam kalangan rakyat di samping memberi fokus kepada pembangunan sosial, modal insan dan keharmonian sepanjang perkhidmatan saya di sini," tambah beliau.

"Walaupun kita tidak diberikan peruntukan khusus oleh kerajaan tetapi itu semua bukannya halangan kepada kita untuk berkhidmat kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment