PEMILIHAN PAS!!! Poll Undian Calon Timbalan Presiden PAS : Blog MSO diceroboh, blog PASPB baru dibuka

Photo




Paparan di penjuru atas kanan blog

Poll siapa layak jadi timbaan presiden Pas diceroboh

Statistik poll yang dikhianati.
Kutipan pendapat (poll) siapa yang layak untuk dilantk menjadi Timbalan Presiden Pas yang dilancar di blog Merah Tinta kelmarin telah diceroboh. Perkara ini disedari pagi ini apabila saya membuka blog didapati statistik undi telah berubah secara mendadak.

Mengejutkan angka yang dipunggut Husam Musa telah menurun daripada lebih 1,400 undi turun menjadi 745 undi atau 37% dari jumlah pengundi setakat kelmarin sebanyak 1,984.

Walhal jumlah undi menjelang tengah malam semalam sudah mencecah 1,100 untuk atau 58% dari jumlah undi yang keluar sekitar 1,700.

Disebalik turun mendadak undi Husam, undi untuk Mohd Amar yang sebelum ini mendapat undi paling corok tidak sampai 60 undi ditambah sebanyak menjadi 753 undi mengatasi undi yang diberikan untuk Husam sebanyak 746 kedudukan itu membezakan Mohd Amar mengatasi Husam dengan enam undi.

Lebih separuh undi Husam dipindah kepada kotak Mohd Amar.

Jelas apa yang berlaku adalah pengubahan kedudukan dan poll ini telah diceroboh.

Saya tidak pasti pengubahan ini angkara siapa tetapi yang jelasnya mereka yang kurang senang melihat kedudukan Mohd Amar yang corok dan jelous dengan sokongan Husam oleh pembaca blog ini yang amat memberangsangkan. Pencerobohan ini bukan saja tidak berakhlak tetapi menggambarkan mereka yang bertanggungjawab kurang cerdik serta tidak menghormati keputusan poll bebas.

Sehubungan itu saya dengan ini menarik balik poll berkenaan kerana ia telah dikhianati dan bukan relevan lagi. Bagaimana pun daripada poll yang telah dilakukan jelas menunjukkan Husam merupakan calon popular untuk menjadi timbalan presiden Pas dari kalangan penjengok blog ini. Kemungkinan saya akan melancarkan poll baru selepas ini.

Berdasar kepada ranting sebelum ini dengan jumlah pengundi sebanyak 1,000 sehari poll ini akan memunggut pengundian lebih 7,000 dalam tempoh tujuh hari. Adalah dipercayai sekiranya poll ini selesai diadakan jumlah yang dikutip Husam sekitar 5,500 atau 65% undi mengatasi kesemua calon yang lain. Sementara bedasarkan pencapaian semalam Mohd Amar akan mengutik tidak melebihi 222 undi sahaja atau bawah 6%.

Selain Husam dan Mohd Amar, dua nama lagi yang dicalon ialah Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam pengundi sebelum ini Tuan Ibrahim menduduki tempat kedua dengan jumlah undi sekitar 300 atau 16% manakala Mohamad Sabu ditempat ketiga dengan jumlah undi 160 undi atau 7%. [kb.kel.8:15 am 21/09/13]


Merah Tinta- Mohd Sayuti Omar (MSO)

No comments:

Post a Comment