UMNO TAK KENANG BUDI!! Satu jawatan pun tak diberi kepada pemimpin Perkasa, mana Brahim Ali tak bengang?

Selepas senyap lebih dua bulan sejak kalah dalam pilihanraya lalu, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membuatkan kemunculannya di persada media baru-baru ini menjadi perhatian umum semula. 

Selain meluahkan rasa kecewanya atas layanan UMNO terhadap Perkasa selama ini sambil membandingkannya dengan layanan yang diberi terhadap Dong Ziong, Hindraf dan paderi-paderi Kristian, Ibrahim Ali juga mengecam beberapa pendekatakan Najib yang dianggapnya retorik.
Dalam masa yang sama, Ibrahim Ali juga meluahkan kesusahan hidupnya untuk menyara keluarga sehingga membayangkan akan menjadi pemandu teksi selepas ini.

Dengan membawa Perkasa memperjuangkan banyak kepentingan politik Najib dan UMNO, kekecewaaan Ibrahim Ali tidak sukar difahami. 



Sementara Perkasa tidak mendapat apa-apa, bahkan sebagai calon pilihanraya pun diabaikan dan mujur Mahathir muncul menghulurkan pertolongan di saat akhir, beliau sebaliknya mendapati NGO yang memperjuangkan hak kaum India iaitu Hindraf lebih diberikan kasih sayang oleh Najib dengan pemimpinnya diberikan jawatan timbalan menteri pula.
Begitu juga Najib sedia hadir ke majlis anjuran Dong Ziong dan menjemput paderi-paderi Kristian ke pejabatnya mengadakan perbincangan. Tetapi Perkasa tidak pernah diberikan layanan sebegitu rupa. 


Perkasa tak ubah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" dengan UMNO. Mujurlah ada Mahathir yang banyak memberi sokongan kepadanya.
Jika tanpa Mahathir, Perkasa mungkin umpama anak tiri yang hitam legam dimata Najib dan UMNO. Langsung tidak dipedulikan.

Selain mendapati pemimpin Hindraf diberikan jawatan timbalan menteri, kemunculan semula Ibrahim Ali mengecam Najib dan mahu menjadi pemandu teksi juga hampir serentak dengan musim pemimpin-pemimpin UMNO yang lain menerima habuan durian runtuh melalui pelbagai jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan.

Antaranya ialah Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji, Annuar Musa Pengerusi MARA, Ghani Othman Pengerusi Sime Darby serta Rais Yatim dilantik Presiden UIA. 


Beberapa pemimpin lain juga dikhabarkan akan menerima khabar bakal dilantik sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah GLC yang lain dan berita mengenainya akan menyusul satu demi satu tidak lama lagi.
Di celah-celah semua perlantikan itu, rupa-rupanya ada lagi berita yang mengejutkan. Rais Yatim yang telah dijadikan Presiden UIA, dalam masa yang saman turut juga dilantik sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri. 


Seolah-olah kewujudan pelbagai kementerian tidak memadai sehingga Najib perlu diberikan nasihat khusus oleh Rais Yatim mengenai aspek sosial dan budaya.
Ini bermakna Rais Yatim yang sudah berkhidmat dalam kerajaan sejak era Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, mendapat ganjaran berganda di zaman Najib, disebalik penggugurannya daripada bertanding di Jelebu dalam pilihanraya lalu.

Perlantikan Rais sebagai sebagai penasihat yang bertaraf menteri juga bermakna bertambah seorang lagi penasihat Najib. 


Jika sebelum ini beliau sudah ada penasihat yang juga bertaraf menteri dalam bidang agama iaitu Abdullah Mohd Zain, Jamaluddin Jarjis pula sebagai penasihat khas mengenai Anerika Syarikat dan penasihat lain seperti Alies Nor, Omar Ong dalam politik dan puluhan nama lain dalam bidang media dan sebagainya, perlantikan Rais Yatim ini jika dicampur dengan pegawai khas, Setiausaha Politik dan seumpamanya yang sedia ada di JPM, ia mungkin menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri yang paling ramai penasihatnya.
Bahkan sudah menjadi percakapan umum dalam UMNO bahawa beberapa Ahli Parlimen dan bekas menteri lagi akan dilantik sebagai penasihat kerajaan yang juga bertaraf menteri juga tidak lama lagi.

Jika dilihat daripada keghairahan Najib mahu mengagih dan memfaraidkan jawatan dalam kerajaan lebih kepada kawan-kawan dan kenalan rapatnya, tidak mustahil Ibrahim Ali akan tercicir sekali lagi. 


Ibrahim Ali mungkin merasakan beliau juga layak difaraidkan jawatan atau kedudukan berikutan sokongan dan perjuangannya mempertahankan Najib dan UMNO selama ini walaupun beliau bukan ahli UMNO.
Berbanding mereka yang sudah diberikan jawatan itu, Ibrahim Ali mungkin merasakan beliau tidak jauh bezanya, malah kadangkala lebih ke depan dan lantang dalam membela Najib dan UMNO. Jika dibandingkan dengan Dr Latif atau Rais misalnya, suara Ibrahim jauh lebih kuat dan nyaring membela UMNO atau menempelak Anwar Ibrahim. 


Begitu juga jika dibandingkan dengan Azeez Rahim, Ibrahim Ali juga tidak kurang sumbangannya kepada masyarakat. Bahkan jika Azeez Rahim kerap mencium tangan Rosmah Mansor, Ibrahim Ali juga tidak lupa berbuat demikian setiap kali bersalam dengan isteri Perdana Menteri itu.
Kalau Hindraf boleh diberikan jawatan timbalan menteri, apa pula istimewanya Rais Yatim sampai diberikan dua jawatan sekaligus? Begitu juga dengan nama-nama lain yang sudah dan bakal diberikan jawatan oleh Najib yang kini mulai menjadi percakapan ramai. 


Barangkali kemunculan semula Ibrahim Ali dengan gaya gempaknya baru-baru ini sekadar mahu mengingatkan Najib tentang dirinya yang selalu dianak-tirikan. Sekali-sekal jadikanlah "anak manja" pula, kalau pun tidak mungkin dijadikan "anak emas". (SH 07/07/2013)

No comments:

Post a Comment