GEORGETOWN - Pemilik bangunan Menara Umno Pulau Pinang, JKP Sdn Bhd akan menjalankan kerja-kerja menurunkan rasuk yang tergantung selepas rod penebat kilat di atas menara berkenaan tercabut dan jatuh dalam kejadian ribut petang semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzmi Ariffin berkata, pihaknya kini sedang menunggu ketibaan sebuah kren bagi melakukan kerja-kerja penurunan rasuk itu.
"Kren itu dijangka tiba dalam masa sejam dan selepas itu kerja-kerja pembersihan akan dijalankan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.
Adzmi berkata, pihaknya juga menjangkakan bangunan berkenaan akan dibuka semula selewat-lewatnya Isnin ini dan kesemua penyewa di bangunan berkenaan dilindungi insurans.
Katanya, pihak JKP juga akan mempertimbangkan bantuan untuk mangsa yang terlibat dalam kejadian petang semalam.
Bangunan 21 tingkat yang tingginya 93.6 meter turut menempatkan Pejabat Perhubungan Umno Negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang semalam, seorang maut manakal lapan cedera selepas rod penebat kilat yang ditempatkan di menara itu tercabut dan terjatuh.
Rod penebat yang jatuh itu, turut manyebabkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang sarat muatan tong gas rosak.
Difahamkan, mangsa yang maut, Jahir Hussain Sulaiman, 40 pemandu lori berkenaan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Perak selepas solat Jumaat nanti.SH
Rakyat punya wang tetapi UMNO Pulau Pinang ambil nama!!!!
JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). JKPSB juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP). Peranan JKPSB meliputi fungsinya sebagai Pemilik Tanah, Agen Pembangunan dan Pengurus Harta.
Penubuhan JKPSB adalah bertujuan untuk melaksanakan program dan projek sosio-ekonomi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Bumiputera di Negeri Pulau Pinang supaya tidak tersisih dari arus pembangunan ekonomi negeri yang berkembang dengan pesat.
Peranan JKPSB merangkumi:
i) Pemaju Hartanah;
ii) Pengurus Harta;
iii) Syarikat Pegangan Harta; dan
iv) Syarikat yang mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan.
Pemaju Hartanah
Sebagai pemaju hartanah JKPSB memajukan semua hartanahnya sendiri dan di mana perlu secara usahasama atau penswastaan dengan pihak lain. JKPSB juga melantik syarikat-syarikat tertentu sebagai pengurus projek untuk melaksanakan projek-projek yang dipertanggungjawabkan. Peranannya sebagai pemaju memerlukan JKPSB beroperasi secara sepenuh masa dan dengan demikian ia perlu berperanan sepertimana pemaju swasta dengan memperolehi kelulusan-kelulusan tertentu dari pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.
Pengurus Harta
JKP Sdn Bhd menguruskan harta-harta berkaitan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang , terutamanya hartanah siap dibina yang termasuk kompleks perniagaan dan rumah pangsa/pangsapuri. Tanggungjawab ini dilaksanakan melalui pelantikan wakil-wakil dan agen-agen pengurusan harta.
Syarikat Pegangan Harta
Peranan sebagai syarikat pegangan harta menepati matlamat asal penubuhan JKP Sdn Bhd selaras dengan kewujudannya dalam tahun 1995.
Syarikat Yang Mempunyai Pelbagai Kepentingan Perniagaan
OMAK KAU
No comments:
Post a Comment