Home » KERUSI BN PANAS LAGI!!! Salehuddin bertanding parlimen Pulai, Jui Meng kemungkinan besar di Segamat
KERUSI BN PANAS LAGI!!! Salehuddin bertanding parlimen Pulai, Jui Meng kemungkinan besar di Segamat
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor hari ini mengumumkan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Tangkak dan Pengkalan Rinting serta kerusi parlimen Segamat.
Selain itu, mereka juga menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya lima lagi kerusi DUN.
"...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, DUN Johor Jaya, DUN Pengkalan Rinting dan DUN Tangkak adalah milik KEADILAN.
"Kita juga akan minta lagi lima kerusi DUN sebab PAS bertanding terlalu banyak di DUN iaitu lebih 30 daripada 56 DUN yang mana lebih 50 peratus kerusi DUN yang ada di Johor," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri, Dr Ahmad Faidhi Saidi pada sidang media, di Johor Bharu sebentar tadi.
Katanya keputusan untuk bertanding di semua kerusi itu dicapai pada mesyuarat MPN 28 Mac lalu yang dihadiri hampir 90 anggota MPN negeri.
Sementara itu, Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim berkata MPN tidak akan bertolak ansur berhubung kerusi DUN Johor Jaya yang sudah 'dikunci' KEADILAN Johor.
"Bagi KEADILAN Johor kita bukan tuntut (Johor Jaya) daripada sesiapa, kita hanya mempertahankan dalam semangat dan atas nama Pakatan Rakyat di mana penasihat DAP diberi laluan di Gelang Patah dan sebagai balasannya KEADILAN bertanding di parlimen Segamat," katanya.
Beliau juga mengumumkan Pengarah Biro Guaman KEADILAN negeri, Jimmy Puah Wee Tse sebagai calon parti itu di kerusi DUN Johor Jaya.
Hasan berkata beliau juga sedia bertanggungjawab atas keputusan itu.
Ketua Pembangkang yang juga ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kerusi parlimen Gelang Patah akan ditandingi veteran DAP, Lim Kit Siang.
Kerusi parlimen itu menjadi rebutan antara Pengerusi KEADILAN negeri, Dr Chua Jui Meng dan rakan sejawatannya daripada DAP, Dr Boo Cheng Hau.
Pada masa yang sama kedengaran desas-desus Kit Siang turut 'mengintai' Dun Johor Jaya.
Pada pilihanraya umum 2008 kerusi itu ditandingi calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), namun tewas kepada calon Barisan Nasional.
Desas desus semalam mengatakan Jui Meng akan ke parlimen Bakri namun DAP tidak mahu memberi laluan kerana penyandangnya, Er Teck Hwa bakal mempertahankan kerusinya selain dilihat mampu memenangi kerusi berkenaan buat kali kedua berturut-turut.
Dengan perkembangan terbaru ini, Jui Meng kini hampir pasti akan bertanding di parlimen Segamat walaupun kerusi berkenaan ditandingi DAP dalam pilihanraya umum lalu.
Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam yang mewakili kerusi tersebut berdepan tugas berat untuk mempertahankan kerusinya berikutan kemelut dalam jentera BN antara Umno dan MIC.
Umno dilihat mahu bertanding (baca: tamak) kerana terlalu yakin akan menang dan mengetepikan Subra tetapi MIC Segamat tidak mahu mengalah menyebabkan jentera pilihanraya parlimen dan DUN berantakan.
Jika Jui Meng menentang Subra di Segamat, ia bakal menambah koleksi kerusi 'panas' setelah pagi tadi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bertanding di parlimen Pulai dan dijangka menentang pengerusi UDA, Nur Jazlan Mohamed.
No comments:
Post a Comment